Tuesday, April 30, 2013

Raya Kembali Lagi

Bermula dari artikel ini ditulis, tinggal 5 hari lagi untuk seluruh rakyat Malaysia merayakan satu perayaan yang hanya disambut 5 tahun sekali. Perayaan yang bakal disambut tahun ini bukan calang-calang perayaan kerana ianya turut disambut oleh rakyat Bangladesh, Nepal, Indonesia dan Filipina. Disebalik kegembiraan rakyat menyambut perayaan ini, jangan kita terleka walau sesaat sekali pun kerana jika kita terleka, perayaan yang disambut pada tahun ini akan bertukar menjadi malapetaka besar.


Perayaan kali ini tiba dengan pelbagai pemberian 'sedekah' kepada tetamu yang datang. Pelbagai tawaran diberikan oleh tuan rumah kepada masyarakat marhaen. Tahun ini menyaksikan dua tuan rumah tampil dengan tawaran masing-masing.

Tuan rumah pertama menawarkan gula-gula, keropok, cekedis, air sirap dan duit raya sebanyak 50 sen. Manakala tuan rumah kedua pula menawarkan lemang serta rendang ayam, ketupat pulut, kuih samperit, serta air oren sunquick dan duit raya sebanyak RM 1.50 yang boleh dibuat duit untuk mengisi minyak motor. Sekarang terpulanglah pada masyarakat untuk pergi ke rumah yang mana satu.

Tuan rumah pertama sudah terlalu tua, berumur dan nyanyok untuk menawarkan sesuatu yang mustahil dibuat oleh mereka tetapi mereka tetap gagahkan diri untuk menyaingi tuan rumah kedua yang umurnya masih muda dan gagah itu. Sekali lagi terpulanglah pada masyarakat untuk pergi ke rumah yang mana satu.


P/S :- Minta maaf atas ayat yang tunggang langgang. :)

No comments:

Post a Comment