Monday, April 22, 2013

Jelajah Merdeka Rakyat - Permatang Pauh

Pada 6 April yang lepas, aku berkesempatan mengikuti satu siri ceramah anjuran PKR. Ceramah yang berlangsung di padang bola sepak Taman Pauh Indah.

Aku sebenarnya tak begitu pasti adanya ceramah pada malam tu. Aku hanya dengar dari perbualan rakan sekerja. Malam tu aku main redah saja. Kalau ada ceramah, ada la foto-foto yang boleh aku ambil.

Sebaik tiba di lokasi yang dikatakan, aku tengok dah ramai orang yang hadir. Aku harap aku tak terlepas untuk ambil gambar Big Gun dari Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, Dato Seri Anwar baru saja memulakan ceramahnya beberapa minit yang lalu. Jadi, aku ada bahan menarik malam tu. Terus aku duduk dibahagian depan bersebelahan wartawan dari akhbar cina. Mcm biasa, setting kamera kena baik untuk shoot gambar macam yang aku nak. Sempat juga aku melayan ceramah dari beliau selama setengah jam. Dah lama rasanya aku tak mengikuti perkembangan politik tanah air di ceramah-ceramah sebegini.

Anggaran aku pada malam tu kehadiran orang ramai adalah lebih kurang 3000 yang hadir dan memenuhi setiap sudut di padang tu. Aku dapat lihat masyarakat berbilang kaum berkumpul dan mendengar amanat dari pemimpin tertinggi dari Pakatan Rakyat. Pada malam itu juga Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan terus mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh walau sebelum ini kedengaran ura-ura beliau akan bertanding di Perak.


Menurut beliau lagi, hatinya bersama-sama penduduk-penduduk Permatang Pauh tetapi akal menyuruhnya bertanding di Perak. Memandangkan penduduk Permatang Pauh banyak bekorban untuknya, jadi dia memilih untuk tidak mengecewakan mereka dan memilih untuk bertanding di sini.


Selepas ni penamaan calon selesai, aku akan memburu kempen-kempen dari kedua-dua parti untuk mencari bahan yang menarik. InsyaAllah aku akan kongsikan di sini nanti. Sampai sini saja dan terima kasih kerana singgah di blog yang tak seberapa ni.



No comments:

Post a Comment