Pakatan
Harapan Rakyat. Itulah slogan utama yang dibawa oleh parti-parti yang
bernaung dibawah nama Pakatan Rakyat. Dari rakyat bawahan hinggalah
kepada golongan rakyat atasan, mereka berkerja siang dan malam demi
untuk memastikan calon ADUN dan Parlimen mereka memenangi pilihanraya pada kali ini.
Tidak pernah mengenal penat, mereka ini
bekerja secara sukarela untuk mendapat kejayaan. Menurut beberapa
petugas dari beberapa cawangan PKR, mereka mengatakan bendera parti
terpaksa mereka beli kerana parti tidak memperuntukan bajet yang tinggi
untuk bendera. Semangat untuk menguburkan pihak lawan telah membuatkan
petugas-petugas ini mengeluarkan belanja sendiri.
Sejak bergabung dalam pilihanraya pada tahun 1999, gabungan ini saban hari semakin menunjukkan kefahaman yang baik. Tidak dinafikan wujud beberapa isu dan perbedaan pendapat antara mereka. Namun segalanya dapat diselesaikan melalui rundingan dan perbincangan antara pemimpin tertinggi mereka.
Sejarah bermulanya gabungan ini adalah ketika mantan timbalan perdana menteri, Dato Seri Anwar Bin Ibrahim telah dipecat dan difitnah pada tahun 1998. Sejak itulah gabungan ini terbentuk. Pada ketika itu gabungan ini dikenali sebagai Barisan Alternatif iaitu satu gabungan parti-parti politik pembangkang di Malaysia yang menawarkan satu alternatif kepada rakyat Malaysia untuk untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan.
Ujian demi ujian gabungan ini lalui bersama hinggalah pada pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008, gabungan ini telah banyak mendapat kepercayaan rakyat. Dengan jatuhnya beberapa buah negeri ke tangan mereka, parti pemerintah iaitu Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen Malaysia.
Kini pada tahun 2013, pilihanraya umum ke 13 bakal berlangsung pada 5 Mei 2013. Majoriti rakyat inginkan sesuatu yang dapat menjamin masa depan mereka dan generasi mereka dan gabungan ini menawarkan beberapa perkara di dalam manifesto mereka. Gabungan ini telah menjadi pilihan untuk dijadikan kerajaan pemerintak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Gabungan ini adalah harapan rakyat dan gabungan ini dikenali sebagai Pakatan Harapan Rakyat. Inikalilah!



No comments:
Post a Comment