Monday, April 22, 2013

Selamat Pagi Batu Kawan

Batu Kawan. Dulu bila sebut Batu Kawan tak ramai yang tahu. Kalau ada yang tahu pun mereka akan kata Batu Kawan ni tempat jin bertendang. Ya, Batu Kawan memang tempat jin bertendang dari dulu sampailah sekarang. Dulu aku pun tak berapa tahu mengenai tempat yang bernama Batu Kawan ni sehinggalah aku sendiri tercampak dan tinggal di sini 2 tahun lepas. Tempat yang dikatakan tempat jin bertendang inilah telah membuatkan aku jatuh cinta dengannya. Inilah sebenarnya tempat tinggal yang aku tercari-cari selama ini dalam hidupku. Sungguh menenangkan.


Batu Kawan agak jauh dari pekan terdekat iaitu pekan Bukit Tambun atau pekan Simpang Ampat. Tak banyak kemudahan awam yang ada di sini. Yang ada hanyalah balai polis dan klinik 1 Malaysia. Di sini aku bukanlah nak cerita mengenai kemudahan awam atau sejarah tempatnya. Aku hanya mahu berkongsi sesuatu yang jarang didapati ditempat-tempat lain.


Batu Kawan adalah satu kawasan yang indah. Kawasan paya yang ada disini menambahkan lagi keindahan yang sedia ada. Paling menarik adalah sewaktu matahari terbit. Tiada ayat yang mampu aku ucapkan selain memujiNya. Subhanallah. Sungguh indah dan menenangkan. Aku cuba terjemahkan dalam bentuk foto-foto yang aku ambil sebelum ini untuk dikongsikan bersama.



No comments:

Post a Comment