Sunday, April 28, 2013

Dulu Dia Tidur, Sekarang Dia Bangun.

Petang tadi aku secara tidak dirancang singgah di program anjuran Barisan Nasional. Mungkin nasib aku agak baik hari ni kerana dah beberapa hari sejak penamaan calon yang lalu aku cuba mencari program-program anjuran Barisan Nasional.

Program sebentar tadi dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada program tadi juga Tun Abdullah melepaskan konvoi bermotosikal gerombolan Pemuda BN. Tiada kelihatan calon-calon yang akan bertanding pada PRU nanti. Yang ada hanyalah ketua UMNO bahagian serta pemimpin-pemimpin cawangan UMNO sahaja.


Kini setelah Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah kembali aktif di arena politik Malaysia setelah hampir 5 tahun beliau menyepi. Pak Lah sewaktu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri agak teruk 'dikerjakan' oleh proksi-proksi Tun Mahathir yang tidak suka gaya pimpinan beliau. Tidak seperti Pak Lah, Tun Mahathir terus aktif dibidang politik walaupun telah lama beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Adakah kembalinya Pak Lah ke arena politik kerana menantu kesayangan beliau masih bertanding di Rembau? Aku tak tahu mengenai persoalan tu. Ramai tokoh-tokoh atau yang arif dalam bidang politik Malaysia lebih mengetahuinya. Apa pun, kini Pak Lah telah kembali dari tidurnya untuk kembali aktif berkempen untuk partinya.

No comments:

Post a Comment