Seberang Jaya - Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu telah
menyaksikan Pakatan Rakyat terus menguasai kerusi dewan undangan negeri
selama dua penggal berturut-turut. Pada PRU kali ini, Pakatan Rakyat
telah berjaya menembusi kubu kuat Barisan Nasional dengan memenangi dengan jumlah undi tertinggi.
Masyarakat Cina khasnya di Pulau Pinang telah mula menunjukkan protes
mereka terhadap parti pemerintah dengan memberikan undian mereka kepada DAP.
Satu lagi kubu kuat Barisan Nasional yang rebah adalah di Dun Seberang
Jaya.
Menurut rekod, belum pernah ada mana-mana parti dapat
menewaskan Barisan Nasional di Seberang Jaya. Pada PRU kali ini segalanya
telah berubah terutamanya pengundi muda yang lebih selesa dengan calon
dari PKR iaitu Dr. Afif Bahardin, seorang doktor muda yang kelihatan
mampu membawa Seberang Jaya ke arah yang lebih baik.
Sebelum
ini Seberang Jaya kehilangan seorang tokoh yang disayangi ramai iaitu
Dato Ariff Shah yang tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Dun
yang disandangnya. Kehadiran Dr. Afif di Seberang Jaya diharap dapat
menyambung usaha-usaha yang dibuat sebelum ini oleh wakil rakyat
terdahulu dan membawa pembaharuan yang lebih baik buat rakyat Seberang
Jaya.
Pada pilihanraya yang diadakan pada 5 Mei lepas, Dr. Afif
Bahardin telah menewaskan Dato Mohammad Nasir dari Barisan Nasional dan
calon bebas dengan majoriti sebanyak 2,459 undi .- Tidak Bernama / Foto Crezal Image

No comments:
Post a Comment