Acara malam itu memang aku tunggu-tunggu. Tambahan pula ianya diadakan dekat dengan rumah aku. Sempena himpunan ini jugalah kereta aku yang bini aku bawak tersadai tepi jalan gara-gara bateri kereta rosak. Bini aku terperangkap dalam kesesakan hampir 3 jam. Aku pula ketika itu dah berada di dalam stadium untuk ambil gambar.
![]() |
| Permandangan dari luar stadium. |
Aku buat keputusan untuk pulang melalui lebuh raya kerana aku tengok kesesakan dan mula berlaku di jalan lama di Bukit Minyak. Masuk saja ke lebuhraya, aku terus terperangkap dalam kesesakan. Di pendekkan cerita, tiba di tol Bukit Tambun pukul 8 malam iaitu 1 jam 45 minit selepas aku masuk tol juru. Lalu aku ambil keputusan untuk keluar berjalan kaki dari tol Bukit Tambun ke Stadium. Jaraknya adalah hampir 4.5 kilometer. Aku serahkan kereta untuk bini aku bawa balik.
Sepanjang kesesakan itu aku dapat lihat orang dah mula letakkan kenderaan mereka di tepi lebuhraya ke arah selatan. Turun saja dari kereta, tak sampai 20 meter jalan kaki, ada seorang lelaki mempelawa aku naik motosikalnya. Katanya dia pun nak ke Stadium. Rasanya aku tumpang motor lelaki tu kurang dari 1 km dan selebihnya aku berjalan kaki. Motor yang aku tumpangi tu tersekat di tengah-tengah lautan manusia.
![]() |
| Suasana di dalam stadium pada pukul 11.30 pagi |
Hampir 30 minit berjalan kaki, akhirnya aku dapat melihat cahaya lampu stadium dari jauh. Ini bermakna kedudukan aku tak terlalu jauh dengan stadium. Aku terus melangkah laju menempuh ribuan manusia untuk sampai masuk ke stadium dan mencari lokasi yang menarik untuk ambil gambar. Mujurlah ketika aku sampai tu, tinggat paling atas di stadium masih ada banyak yang kosong.
Aku tak tunggu lama untuk keluarkan kamera dan ambil beberapa keping gambar. Cubaan aku untuk masuk ke kawasan VIP gagal kerana ianya dikawal ketat. Memandangkan aku ni selalu melawat ke stadium walau tiada acara sekali pun, selok belok laluan dan tangga aku dah tahu. Akhirnya aku berjaya jugak menyelinap masuk ke kawasan berpagar VIP. Ingatkan aku seorang yang berjaya masuk, rupanya ada lagi seorang fotografer berbangsa cina juga berjaya menyelinap masuk. Jadi malam tu aku ada la kawan untuk sama-sama ceroboh ke lokasi seterusnya. Semua yang kami lakukan adalah kerana untuk mendapat sudut shot yang menarik.
![]() |
| Foto diambil dari lokasi 'pencerobohan' |
Pengawal tu bertanyakan pas untuk duduk di kawasan press. Aku pun buat-buat lah cari pas tu dalam beg aku dan sambil-sambil tu cuba melengahkan masa. Pengawal tu tanya aku dari mana, aku cakaplah aku ni seorang fotografer bebas yang selalu mengikuti kempen ceramah Anwar Ibrahim sambil menunjukan padanya foto-foto Anwar yang masih tersimpan dalam kad memori aku sebagai bukti aku seorang fotografer dan bukanya SB.
Pengawal tu masih tidak berpuas hati dan menyuruh aku dan kawan baru cina tu beredar. Tapi kami tetap mahu duduk di kawasan tersebut. Belum sempat pengawal berbangsa cina tu nak cakap sampai habis, fotografer cina tu potong cakapnya. Entah apa yang di bohong dengan pengawal tu pun aku tak tahu. Mereka cakap cina. Sebenarnya aku ada pas untuk akses kemana-mana lokasi di stadium tu. Bukan pas yang dikeluarkan oleh penganjur, tetapi pas ini lebih besar kuasa jajahannya. Tapi aku tak bawa dan ada di rumah.
Melalui pengamatan aku, setelah aku melihat ratusan ribu manusia berkumpul di hadapan mata membuatkan aku bermonolog sendirian. Inilah suara rakyat malaysia yang rasa diri mereka di tipu secara terang-terangan. Mereka datang menempuh satu perjalanan yang jauh dan dalam keadaan gelap untuk berkumpul di stadium tersebut dan menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan pilihanraya umum ke 13 lalu.
![]() |
| Setakat ini, Pakatan Rakyat telah berjaya menyatukan semua kaum di bawah satu bumbung. Hak bangsa Melayu-Islam tetap berada di nombor 1. |
Situasi seperti ini amat jarang dilihat di mana-mana aktiviti anjuran Barisan Nasional yang melibatkan penyertaan berbilang kaum secara besar-besaran. Pakatan Rakyat telah berjaya menyatukan hati mereka.
Rakyat marhean mahukan angin perubahan dan mereka telah telah menyuarakan keputusan mereka pada 5 Mei yang lalu. Malangnya mereka telah ditipu oleh Barisan Nasional dan parti komponen mereka iaitu SPR.
![]() |
| Mereka mengharapkan satu perubahan yang dapat dinikmati oleh generasi-generasi masa hadapan. |
Aku tidak lama berada di dalam stadium. Selepas mendapat SMS dari bini aku yang mengatakan kereta kami rosak di tengah-tengah kesesakan ribuan manusia, aku terus bergegas keluar dari stadium. Malam tu aku tak berkesempatan untuk mengambil gambar Anwar Ibrahim.
![]() |
| Lautan manusia memenuhi ruang di dalam stadium. |
Dari stadium, aku berjalan hampir 1 km menempuh kembali lautan manusia. Kali ini keadaannya lebih buruk. 2 arus pergerakan manusia bertembung dan membuatkan hampir tiada langsung pergerakan. Satu arus yang mahu beredar dari kawasan stadium dan satu arus lagi yang mahu menuju ke stadium. Tambah buruk lagi, aku tersepit di antara pembahagi jambatan dan kereta yang di parkir di atas jambatan. (Maaf, tiada foto kesesakan manusia. Tak berani keluarkan kamera sebab risiko untuk rosak tinggi.)
Setelah berjalan kaki hampir 1 km, akhirnya sampai juga ke tempat bini aku yang menunggu bersama kereta. Setelah menunggu hampir 1 jam 30 minit, akhirnya aku dan bini ambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Kereta terpaksa kami tinggalkan.
Maka terpaksalah berpatah balik menempuh lautan manusia semula. Rumah kami terletak di taman perumahan di hadapan Stadium Batu Kawan. Kali ini kami terpaksa menempuh satu arus besar yang datang dari hadapan. Puluhan ribu manusia berarak keluar meninggalkan kawasan stadium manakala kami pula mahu menuju ke arah stadium. Akhirnya kami tiba di rumah tepat pukul 3.10 pagi. Terasa seperti satu perjalanan yang panjang walhal jarak tempat kereta rosak dan rumah kami hanya 3 km. Sampai sahaja di rumah, terus aku SMS penyelia di tempat kerja aku. Aku cakap pagi itu aku terpaksa ambil cuti.
![]() |
| Blackout 505 - Rakyat bantah penipuan pilihanraya. |








No comments:
Post a Comment