Majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuan Abdullah, di Sungai Semambu, Bukit Mertajam, berlangsung dalam suasana yang baik sekali. Ada 3 pasangan yang di ijab kabulkan pada petang itu. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Nor Shuhada sah bergelar isteri kepada Badrul.
![]() |
| Nor Shuhada menanti detik penuh debaran |
"Terus terang aku katakan di sini. Aku bukanlah seorang photographer khusus untuk majlis perkahwinan. Minat aku bukan ke arah itu. Aku lebih cenderung kepada street photography atau sebagai photojournalist. Kebanyakan gambar yang aku ambil tidak sama seperti photographer-photographer perkahwinan lain. Namun setiap kali ada tugasan sebagai photographer bidan terjun, aku cuba lakukan yang terbaik. Bayaran untuk shoot pula memang aku tak charge tinggi. Setakat cukup-cukup makan sudah la."
Satu masalah timbul ketika proses mengambil gambar hari itu. Masalah yang paling aku benci dan tak suka iaitu keadaan yang low light. Aku sebenarnya kurang berminat untuk menggunakan speed light. Aku lebih suka kepada natural lighting yang ada. Untuk mendapatkan gambar dengan natural lighting, memang susah dan berisiko dengan menggunakan kamera sekarang ni. kalau nak dapatkan juga gambar dengan natural lighting, kenalah guna slow shutter.
Sesi outdoor selepas majlis pernikahan tersebut terpaksa aku batalkan kerana beberapa sebab yang memang tak dapat nak dielakkan. Jadi, selepas shoot di masjid, kami terus ke rumah pengantin perempuan untuk sesi bergambar di sana pula. Sesi bergambar tersebut di akhiri dengan aku makan 7 keping roti jala cicah kari daging yang marvelous!
![]() |
| Rakan-rakan serta saudara mara tidak melepaskan peluang mengambil gambar Nor Shuhada selepas majlis akad selesai. |
"Sehingga kini, aku masih lagi dalam proses untuk edit gambar-gambar dan simpan di dalam format Jpeg sebelum burn dalam cd dan berikan kepada sepupu isteriku juga seorang photographer untuk dibuat album." - menulis dari tepi jendela kayangan -




No comments:
Post a Comment