Akhirnya aku tertewas juga. Masih ada lagi artikel berbaur politik yang aku tulis.
-----------------------------------------------------
Pada dua artikel sebelum ini ada menyentuh mengenai 3 tokoh politik berhaluan kiri di Malaysia. Ketiga mereka ialah Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz & A. Samad Said. Kenapa hanya 3 sahaja 3 tokoh ini ditulis artikel mengenai mereka dan kenapa tidak disebut yang lain-lain? Jawapannya mudah sahaja. Aku menulis berdasarkan foto-foto yang aku sendiri ambil. Hanya foto 3 tokoh ini sahaja yang ada dalam simpanan hard disk baru aku. Foto-foto Hj Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu tenggelam di dalam hard disk lama yang telah rosak dan tak sempat diselamatkan. Begitu juga foto Lim Guan Eng yang turut tenggelam.
Baiklah.. tujuan aku menulis di sini bukanlah untuk menceritakan hard disk yang dah rosak. Tujuan penulisan aku kali ini adalah berkaitan dengan tiga tokoh individu berhaluan kiri yang nama mereka tidak asing lagi di bumi Malaya ini. Ketiga-tiga mereka ini ada perbezaan dan ada persefahaman. Mereka ini adalah nadi penggerak utama kebangkitan rakyat di bumi bertuah ini dan meletakkan tokoh-tokoh berhaluan kiri yang lain ke tepi.
Dahulunya mereka bertiga ini adalah seteru utama di pentas politik demokrasi Malaysia ciptaan manusia itu sendiri. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi mengenai tajuk kita, aku cuba bawakan secara ringkas pada anda yang mungkin tidak mengetahui apakah itu demokrasi, dari mana asalnya dan jenis-jenis demokrasi.
-----------------------------------------------------------
Demokrasi atau ejaan dalam bahasa inggeris; Democracy, adalah asalnya dari perkataan tamadun Yuhani iaitu 'Demo' - yang bermaksud rakyat atau masyarakat dan 'Cracy' - yang membawa maksud satu pemerintahan atau undang-undang.
Demokrasi amat sukar untuk didefinasikan dan sering mengundang pelbagai kontroversi. Ada yang mengatakan demokrasi itu ialah Kerajaan oleh rakyat untuk rakyat.
Demokrasi terbahagi kepada 2 jenis. Jenis yang pertama ialah Demokrasi Secara Langsung dan yang kedua ialah Demokrasi Secara Tak Langsung. Demokrasi Secara Langsung ialah: Demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat secara terus dalam penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak diwakili oleh sesiapapun untuk menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua rakyat perlu hadir atau bersama dan mengambil bahagian sewaktu membuat dasar. Demokrasi Secara Tak Langsung: Ianya dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang dipilih oleh rakyat.
Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili rakyat. Tetapi di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang, pilihanraya dengan majoriti dua pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang. Sedangkan dalam demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar.
Sumber Demokrasi
-----------------------------------------------------------
Itulah serba sedikit informasi ringkas mengenai demokrasi. Jika mahu tahu selanjutnya, kalian bolehlah carinya di google.
Baiklah kita kembali ke tajuk asal iaitu Mastermind Kebangkitan Rakyat. Kenapa 3 tokoh ini dipilih? Kenapa tidak Hj Hadi Awang, Karpal Singh atau Lim Guan Eng diasingkan? Aku ada alasan aku sendiri dan alasan aku ini tidak mewakili sesiapa dan anda berhak untuk tidak bersetuju jika anda mahu. Alasan aku ialah, mereka bukanlah kepala dan otak. Mereka hanyalah badan dan anggota-anggota yang lain yang tidak akan berfungsi jika tiada arahan dari otak.
Di dalam ketiga-tiga mereka, ada seorang yang individu mula mencetuskan era kebangkitan rakyat. Individu tersebut ialah Anwar Bin Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau dipecat dan difitnah oleh ketuanya sendiri iaitu Mahathir bin Mohamed, Perdana Menteri Malaysia, setelah menyedari pengaruh luar biasa sokongan ahli UMNO dan rakyat jelata kepada Anwar Ibrahim. Ketuanya, Mahathir bin Mohamed telah menyedari bahaya besar menanti jika masih menyimpan mesin pencuci najis yang boleh membersihkan Pertubuhan yang diketuai olehnya bakal dibersihkan dari unsur-unsur kotor, busuk serta jijik.
Setelah Anwar bin Ibrahim dipecat, begitu cepat rakyat bawahan yang menyayanginya datang berkumpul di kediamannya untuk menyatakan sokongan mereka. Kebangkitan rakyat mula terlihat apabila Anwar menyampaikan ucapannya di hadapan puluhan ribu rakyat di Masjid Negara.
Bermula dari detik itulah laungan reformasi mula kedengaran dan dari detik itulah rakyat mula turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi. Bermula dari detik pemecatannya itu, Al-marhum Ustaz Fadhil Noor serta Lim Kit Siang datang bertemu Anwar dan secara tidak langsung berbai'ah kepada Anwar untuk bersama-sama menentang ketidakadilan di Malaysia. Ada juga orang besar UMNO yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Anwar tetapi akhirnya tewas dengan ugutan dari parti UMNO dan Ketua UMNO Malaysia. Orang itu sekarang sudah pandai menghalau rakyat Malaysia keluar dari Malaysia setelah mendapat jawatan baru sebagai menteri di Malaysia.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment