Tak banyak foto yang boleh diambil
petang tadi. Hanya disekitar kawasan luar jambatan sahaja yang
dibenarkan. Paling dekat pun berhampiran pondok pengawal.
Seorang
pengawal keselamatan yang berjaga di sana cakap perlu surat kebenaran
dari UEM Builders untuk masuk ambil gambar jambatan ditengah-tengah laut
tu. Menurut pengawal tu lagi, bahagian jambatan yang di tengah-tengah akan
disambung pada minggu depan.
Bagi aku inilah peluang terbaik untuk shoot
gambar. Tapi apakah alasan yang boleh aku berikan pada pihak UEM
Builders untuk masuk mengambil gambar di sana. Aku bukannya wartawan
pun. Apa pun aku akan cuba tanya jiran aku yang merupakan QC Manager
untuk 2nd Penang Bridge Project ni.
Kawasan di Batu Kawan ini adalah satu kawasan yang cukup indah dengan alam semulajadinya. Di tepi lebuh raya menuju ke jambatan ini, pengguna jalan raya dihidangkan dengan permandangan yang indah sepanjang laluan tersebut. Lama manakah keindahan ini dapat bertahan ianya tidak dapat dipastikan kerana kawasan di Batu Kawan ini bakal dibangunkan seperti bandar-bandar lain di Pulau Pinang.
Untuk foto-foto yang lain anda bolehlah ke akaun facebook aku.
Lagi Foto di sini
No comments:
Post a Comment