Monday, January 21, 2013

Nasik Lemak Bukit Tambun

Inilah gerai nasi lemak yang diusahakan oleh aku dan isteriku. Sejak kami berdua sudah tak bekerja lagi, inilah mata pencarian kami yang utama, Lokasi letaknya gerai nasi lemak yang kami jual adalah di Jalan Bukit Tambun yang menuju ke arah Batu Kawan, Pulau Pinang.

Sebelum ini kami ada mencuba beberapa jenis perniagaan makanan dan minuman tetapi nampaknya hasilnya kurang mendapat sambutan.

Antara perniagaan pertama yang aku buat selepas diberhentikan kerja adalah dengan menjual air soya di Simpang Ampat. Sambutannya agak baik tetapi kadang kala ianya memberikan masalah buat aku. Satu adalah dari segi bahannya iaitu air soya itu sendiri. Bekalan soya diambil dari seorang pengusaha soya di Permatang Pauh ini tidak dapat bertahan lama. Ianya cepat rosak kerana banyak dicampur dengan tepung. Satu lagi masalah adalah bekalan yang aku perlu ambil itu terlalu jauh dari lokasi perniagaan aku di Simpang Ampat.


Selepas itu kami mencuba pula untuk berniaga di kawasan tapak pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang. Cabaran berniaga di situ adalah terpaksa berhadapan dengan debu yang terlalu banyak. Tempat meniaga sekarang ini pun lebih kurang sama saja debu. Tapi kuranglah sedikit dari di tapak pembinaan jambatan tu.

Mana-mana berniaga pun ada cabarannya. Apa pun selamat berniaga pada aku dan isteri aku..hehe..

No comments:

Post a Comment