Sejak seminggu lalu, aku dah merancang untuk buat beberapa sesi fotografi disekitar kawasan paya di Batu Kawan. Agak menarik panorama alam di sini yang mungkin ramai diantara fotografer-fotografer diluar sana terlepas pandang akan keindahan semula jadi di sini.
Batu Kawan adalah sebuah kawasan yang bakal menempatkan sebuah bandar besar. Pelbagai projek telah dirancang oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk membangunkan kawasan ini. Di Batu Kawan ini jugalah terletaknya laluan Jambatan Pulau Pinang ke dua yang sedang rancak dibina. Adakah selepas pelbagai pembangunan dibina di sini kita masih boleh menikmati segala keindahan ini?

No comments:
Post a Comment