Thursday, April 12, 2012

Memori Tsunami Kembali


Kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004 yang berlaku di laut Sumatera, Indonesia lalu masih lagi segar dalam ingatan setiap manusia yang pernah melaluinya. Kejadian tersebut telah meragut hampir 230,000 nyawa penduduk disekitar 14 negara. Gempa sekuat 9.1 – 9.3 pada skala Richter telah mengubah lanskap Banda Acheh menjadi padang jarak padang tekukur dalam sekelip mata sahaja apabila ombak setinggi 30 meter membadai Banda Acheh.
Selang 8 tahun selepas itu, kini gempa itu kembali mengegar kepulauan Sumatera. Semenanjung Malaysia juga tidak terlepas dari merasai kesan gempa tersebut. Pantai barat semenanjung Malaysia turut merasai gegaran yang kuat. Pada kejadian tsunami yang lepas, seramai 68 orang telah terkorban. Pulau Pinang mencatatkan rekod sebanyak 52 mangsa, Kedah 12 mangsa, Perak 3 mangsa dan Selangor 1 mangsa.
Akibat dari gempa terbaharu tersebut, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan amaran tsunami kepada negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Penduduk-penduduk disekitar pantai barat semenanjung dilarang untuk menghampiri kawasan pantai kerana dikhuatiri akan terkena kesan dari ombak tsunami tersebut. Di Lebuh Raya BORR (Butterworth Outer Ring Road) juga kenderaan dilarang memasuki kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment