Sudah agak lama rasanya blog ni diam tanpa sebarang update terbaru. Mungkin sibuk untuk update atau mungkin malas untuk update. Ini sedikit update foto-foto terbaru dari aku ketika menjalankan tugasan di Kuang,Shah Alam & USJ baru-baru ini. Ketika ke sana, aku menginap di sebuah rumah tumpangan milik Riyadh Restu.
![]() |
| Seekor burung Merak sedang mengembangkan ekornya di sebuah rumah tumpangan, Riyadh Restu di daerah Kuang, Selangor. |
Dari Kuang, aku ke USJ pula untuk memotret foto Syeikh Imran N. Hossein di Masjid Al Falah. Syeikh Imran merupakan seorang sarjana Islam yang banyak menulis buku-buku mengenai kebangkitan umat Islam akhir zaman.
![]() |
| Syeikh Imran ketika menyampaikan kuliahnya di Masjid Al-Falah USJ 9. |
![]() |
| Syeikh Imran N. Hossein |
Selepas menamatkan tugasan di Masjid Al-Falah, pada keesokan harinya aku ke Yayasan Restu, Shah Alam untuk mengambil beberapa keping foto untuk dijadikan bahan promosi antara Yayasan Restu dan All Asia Marketing.







No comments:
Post a Comment