Wednesday, February 27, 2013

FA Cup: Penang vs Terengganu

Pada hari Selasa yang lepas (26 Februari 2013) perlawanan bola sepak Piala FA pusingan kedua telah berlangsung.

Foto-foto ini diambil ketika perlawanan bola sepak Piala FA antara Pulau Pinang bertemu Terengganu di stadium keramat skuad Harimau Kumbang iaitu Stadium Bandaraya. Perlawanan berkesudahan dengan pasukan tuan rumah tewas 0-3 kepada pasukan pelawat. Apa pun tahniah kepada skuad Harimau Kumbang kerana memberikan tentangan hebat kepada pasukan lawan.

Tahniah kepada pasukan Terengganu kerana memenangi perlawanan tersebut.

Sebenarnya aku dah lama menunggu peluang untuk ambil gambar perlawanan bola sepak. 

Pada perlawanan ini, aku menggunakan lens Nikon 80-200mm f2.8 yang dipadankan dengan body dari Nikon D40. Bagaikan langit dan bumi bezanya bila lens begitu dipadankan dengan Nikon D40. Agak mencabar bila berada disatu situasi pergerakan laju seperti perlawanan bola sepak ini. Aku terpaksa
menggunakan seting manual focus kerana lens dan body yang digunakan tidak mempunyai motor binaan dalaman.

Lagi foto-foto sekitar perlawanan antara Pulau Pinang di laman Facebook aku.

No comments:

Post a Comment