Tempoh 30 tahun tidak banyak membawa perubahan kepada mutu dan kualiti bola sepak Malaysia. Protes oleh Ultras Malaya pada minggu lepas ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang sedikit sebanyak membuka mata FAM untuk melakukan perubahan yang drastik bagi memastikan maruah bola sepak Malaysia kembali dijulang. - Foto: Mohd Sharizal/ Invisible Raw Image
Sunday, March 16, 2014
Anwar dan Keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia
Keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia yang memutuskan ketua pembangkang Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat amat mengejutkan para penyokong Pakatan Rakyat setelah Mahkamah Persekutuan Malaysia membebaskan Anwar dari tuduhan liwat pada tahun lalu. Keputusan itu diputuskan beberapa hari sebelum proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri Kajang sekali gus menyaksikan Anwar menarik diri dari bertanding di sana. Foto: Mohd Shahrizal/ Invisible Raw Image
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu menyampaikan ucapannya dihadapan hampir 4 ribu penyokong Pakatan Rakyat ketika berceramah ditapak pasar malam di Bandar Seberang Jaya malam tadi. Dalam ceramah tersebut, beliau menyeru pada penduduk-penduduk di Permatang Pauh sama-sama hadir ke Kajang untuk memberikan sokongan kepada calon yang akan bertanding di situ iaitu Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga merupakan isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Anwar mengumumkan dirinya tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah didalam kes liwat 2 pada minggu lepas. Foto: Mohd Shahrizal/ Invisible Raw Image
Sebahagian dari golongan muda yang hadir bagi mendengar ceramah politik yang diadakan di kawasan lapang tapak pasar malam di Bandar Seberang Jaya malam tadi. Antara tokoh politik Pakatan Rakyat yang hadir adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin serta wakil-wakil dari NGO. Foto: Mohd Shahrizal/ Invisible Raw Image
Subscribe to:
Comments (Atom)



