Sunday, June 8, 2014

Wedding Photo Journal

Sekali lagi menjadi taggers disatu majlis resepsi perkahwinan.





Sukma Perlis 2014

Tugasan tak rasmi bersama All Sports Images and News Agency (www.asiana.my) di Sukma Perlis 2014 adalah satu peluang tak sanggup dipersia-siakan. Berikut adalah foto-foto ketika aku bertugas di sana.

Perlis Player, Mohammad Zubir (16) celebrating his score during Perlis vs Sarawak at UiTM Arau Stadium on 28 May 2014.
Pix of Perlis player Mohd Ashraf Jamaludin (Blue) and Sarawak player Eric Molby (Red) in action during the Sukma Perlis 2014 match between Perlis and Sarawak at UITM Arau Stadium on 28 May 2014.
Pix of Muhamad Zuhairi, boxer from Federal Territory given a short tactical brief by his coach during the Sukma Perlis 2014 at Kangar Sports Complex on 28 May 2014.
 Boxer from Negri Sembilan Sukma 2014 athletes, Mohammad Andan (Red) in action during the quater final macth under category 46-49kg at Kangar Sports Complex on 28 May 2014.
 A referee was on duty in the game of Sepak Takraw during Sukma Perlis 2014 at Dewan 2020 on 28 May 2014.
Perlis player Wan Zulhilmi Wan Mustaffa (Blue) and Sarawak player (Red) in action during the Sukma Perlis 2014 match between Perlis and Sarawak at UITM Arau Stadium on 28 May 2014. 









Photo by Mohd Shahrizal / www.asiana.my

Dari Seberang Jaya ke Subang Jaya

Sudah agak lama rasanya blog ni diam tanpa sebarang update terbaru. Mungkin sibuk untuk update atau mungkin malas untuk update. Ini sedikit update foto-foto terbaru dari aku ketika menjalankan tugasan di Kuang,Shah Alam & USJ baru-baru ini. Ketika ke sana, aku menginap di sebuah rumah tumpangan milik Riyadh Restu.

Seekor burung Merak sedang mengembangkan ekornya di sebuah rumah tumpangan, Riyadh Restu di daerah Kuang, Selangor.

Dari Kuang, aku ke USJ pula untuk memotret foto Syeikh Imran N. Hossein di Masjid Al Falah. Syeikh Imran merupakan seorang sarjana Islam yang banyak menulis buku-buku mengenai kebangkitan umat Islam akhir zaman.

Syeikh Imran ketika menyampaikan kuliahnya di
Masjid Al-Falah USJ 9.

Syeikh Imran N. Hossein
Selepas menamatkan tugasan di Masjid Al-Falah, pada keesokan harinya aku ke Yayasan Restu, Shah Alam untuk mengambil beberapa keping foto untuk dijadikan bahan promosi antara Yayasan Restu dan All Asia Marketing. 




Sunday, March 16, 2014

Protes FAM

Tempoh 30 tahun tidak banyak membawa perubahan kepada mutu dan kualiti bola sepak Malaysia. Protes oleh Ultras Malaya pada minggu lepas ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang sedikit sebanyak membuka mata FAM untuk melakukan perubahan yang drastik bagi memastikan maruah bola sepak Malaysia kembali dijulang. - Foto: Mohd Sharizal/ Invisible Raw Image

Anwar dan Keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia

Keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia yang memutuskan ketua pembangkang Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat amat mengejutkan para penyokong Pakatan Rakyat setelah Mahkamah Persekutuan Malaysia membebaskan Anwar dari tuduhan liwat pada tahun lalu. Keputusan itu diputuskan beberapa hari sebelum proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri Kajang sekali gus menyaksikan Anwar menarik diri dari bertanding di sana. Foto: Mohd Shahrizal/ Invisible Raw Image

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu menyampaikan ucapannya dihadapan hampir 4 ribu penyokong Pakatan Rakyat ketika berceramah ditapak pasar malam di Bandar Seberang Jaya malam tadi. Dalam ceramah tersebut, beliau menyeru pada penduduk-penduduk di Permatang Pauh sama-sama hadir ke Kajang untuk memberikan sokongan kepada calon yang akan bertanding di situ iaitu Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga merupakan isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Anwar mengumumkan dirinya tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah didalam kes liwat 2 pada minggu lepas. Foto: Mohd Shahrizal/ Invisible Raw Image

Sebahagian dari golongan muda yang hadir bagi mendengar ceramah politik yang diadakan di kawasan lapang tapak pasar malam di Bandar Seberang Jaya malam tadi. Antara tokoh politik Pakatan Rakyat yang hadir adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin serta wakil-wakil dari NGO. Foto: Mohd Shahrizal/ Invisible Raw Image

Friday, January 3, 2014

Sembang Ambang 2014

Telah berlangsung program Sembang Ambang 2014 yang berlangsung di Padang Perbandaran Butterworth pada malam menjelangnya sambutan tahun baru 2014. Program ini turut dihadiri oleh penceramah terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Norhisyam al- Idrus. Pada program ini juga, pengarah dan pelakon terkenal Malaysia, saudara Pierre Andre dan Syamsul Yusof hadir bagi memeriahkan suasana program. Tidak ketinggalan pelumba motorsikal GP negara yang mewakili pasukan Petronas, saudara Hafizh Syahrin Abdullah turut diundang ke pentas untuk bersama-sama tetamu lain yang diundang. Kumpulan artis yang diundang pada malam tersebut adalah kumpulan nasyid terkenal negara, Saujana.








Muay Thai Fight Club

The match held in Boxxtomoi Muay Thai Stadium in Kubang Semang, suburbs of Bukit Mertajam, Penang.







Fight football corruption to the grassroots

Too much to bear. Responsibilities as vice president and as the person responsible for curbing corruption in Penang football team. Had resigned as vice president for internal problems faced by the FA and now Gary Nair returned responsibilities as deputy president with a new management team and bring back Penang FA to glory.