Oleh:
Muhammad Shahrizal | Foto: Invisible
Raw Image
Bukit Mertajam - Masalah banjir yang kerap
berlaku di kawasan Kampung Padang Lalang sejak sekian lama membuatkan penduduk-penduduk
sekitar kurang selesa dengan keadaan tersebut.
Perihatin dengan masalah ini, Adun Padang Lalang, YB Puan Chong Eng
baru-baru ini telah menganjurkan satu sesi dialog antara penduduk di Padang
Lalang dan wakil-wakil daripada beberapa agensi kerajaan dan juga wakil
daripada syarikat pembinaan landasan keretapi berkembar untuk mencari
penyelesaian kepada kemelut yang melanda penduduk-penduduk Padang Lalang. Sesi
dialog tersebut berlangsung di perkarangan Masjid Al-Munawwarah, Padang Lalang
dan dipengerusikan oleh Pengerusi
Qariah, Encik Zakri
 |
| YB Puan Chong Eng (Kiri) |
. Agensi-agensi
yang hadir ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang
Perai, Jabatan Bomba Malaysia, Jabatan Parit
dan Saliran dan MMC-Gamuda JV.
Tujuan diadakan dialog tersebut
adalah untuk mencari penyelesaian kepada kemelut terjadinya kejadian banjir
yang sering berlaku di kampung tersebut.
“ Adalah penting buat penduduk-penduduk mengetahui
siapakah yang harus mereka hubungi jika masalah-masalah seperti ini berulang.
“Ini bertujuan untuk mengelakan kes
tolak menolak atas siapakah yang harus dipertanggungjawabkan jika terjadi masalah seperti ini lagi,” ujar
Puan Chong Eng ketika merujuk kepada masalah parit yang tidak diselenggara
dengan baik.
 |
| Abdul Ghani ketika memberi penerangan kepada wakil-wakil agensi kerajaan dan Gamuda |
Wakil dari Rukun Tetangga Padang Lalang, Encik Abdul
Ghani berkata sejak Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum pada tahun 2008
hinggalah sekarang, inilah pertama kali dialog seumpana ini diadakan dan beliau
amat berterima kasih dan menghargai keperihatinan YB Puan Chong Eng akan
masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sekitarnya. Dalam dialog
tersebut,Encik Abdul Ghani turut menyuarakan permasalahan yang dihadapi oleh
penduduk-penduduk di sini.
Menurut Encik Abd. Ghani lagi,
punca kepada masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk di
sini adalah keadaan sistem perparitan
yang kurang memuaskan akibat pembesaran jalan raya dan pembinaan landasan
keretapi berkembar. Keadaan ini membuatkan penduduk-penduduk kampung Padang
Lalang dihimpit oleh pembangunan dari depan dan belakang kediaman mereka.
Seorang lagi penduduk, Puan
Amelia turut menyuarakan rasa terkilannya kerana permohonannya untuk
mendapatkan pampasan dari pihak pembinaan tidak diberi perhatian serius oleh
mereka. Menurut beliau lagi, rumahnya mula retak pada tahun 2010 akibat
kerja-kerja penanaman cerucuk untuk membina jejambat dan pelebaran jalan
dihadapan rumahnya.
Di dalam majlis yang sama, Puan
Chong Eng mengumumkan pemberian computer untuk kegunaan Masjid Al-Munawwarah,
Padang Lalang.