Tuesday, April 30, 2013

Raya Kembali Lagi

Bermula dari artikel ini ditulis, tinggal 5 hari lagi untuk seluruh rakyat Malaysia merayakan satu perayaan yang hanya disambut 5 tahun sekali. Perayaan yang bakal disambut tahun ini bukan calang-calang perayaan kerana ianya turut disambut oleh rakyat Bangladesh, Nepal, Indonesia dan Filipina. Disebalik kegembiraan rakyat menyambut perayaan ini, jangan kita terleka walau sesaat sekali pun kerana jika kita terleka, perayaan yang disambut pada tahun ini akan bertukar menjadi malapetaka besar.


Perayaan kali ini tiba dengan pelbagai pemberian 'sedekah' kepada tetamu yang datang. Pelbagai tawaran diberikan oleh tuan rumah kepada masyarakat marhaen. Tahun ini menyaksikan dua tuan rumah tampil dengan tawaran masing-masing.

Tuan rumah pertama menawarkan gula-gula, keropok, cekedis, air sirap dan duit raya sebanyak 50 sen. Manakala tuan rumah kedua pula menawarkan lemang serta rendang ayam, ketupat pulut, kuih samperit, serta air oren sunquick dan duit raya sebanyak RM 1.50 yang boleh dibuat duit untuk mengisi minyak motor. Sekarang terpulanglah pada masyarakat untuk pergi ke rumah yang mana satu.

Tuan rumah pertama sudah terlalu tua, berumur dan nyanyok untuk menawarkan sesuatu yang mustahil dibuat oleh mereka tetapi mereka tetap gagahkan diri untuk menyaingi tuan rumah kedua yang umurnya masih muda dan gagah itu. Sekali lagi terpulanglah pada masyarakat untuk pergi ke rumah yang mana satu.


P/S :- Minta maaf atas ayat yang tunggang langgang. :)

Pakatan Harapan Rakyat Malaysia.


Pakatan Harapan Rakyat. Itulah slogan utama yang dibawa oleh parti-parti yang bernaung dibawah nama Pakatan Rakyat. Dari rakyat bawahan hinggalah kepada golongan rakyat atasan, mereka berkerja siang dan malam demi untuk memastikan calon ADUN dan Parlimen mereka memenangi pilihanraya pada kali ini.
 
Tidak pernah mengenal penat, mereka ini bekerja secara sukarela untuk mendapat kejayaan. Menurut beberapa petugas dari beberapa cawangan PKR, mereka mengatakan bendera parti terpaksa mereka beli kerana parti tidak memperuntukan bajet yang tinggi untuk bendera. Semangat untuk menguburkan pihak lawan telah membuatkan petugas-petugas ini mengeluarkan belanja sendiri.
Sejak bergabung dalam pilihanraya pada tahun 1999, gabungan ini saban hari semakin menunjukkan kefahaman yang baik. Tidak dinafikan wujud beberapa isu dan perbedaan pendapat antara mereka. Namun segalanya dapat diselesaikan melalui rundingan dan perbincangan antara pemimpin tertinggi mereka.
Sejarah bermulanya gabungan ini adalah ketika mantan timbalan perdana menteri, Dato Seri Anwar Bin Ibrahim telah dipecat dan difitnah pada tahun 1998. Sejak itulah gabungan ini terbentuk. Pada ketika itu gabungan ini dikenali sebagai Barisan Alternatif iaitu satu gabungan parti-parti politik pembangkang di Malaysia yang menawarkan satu alternatif kepada rakyat Malaysia untuk untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan.

Ujian demi ujian gabungan ini lalui bersama hinggalah pada pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008, gabungan ini telah banyak mendapat kepercayaan rakyat. Dengan jatuhnya beberapa buah negeri ke tangan mereka, parti pemerintah iaitu Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen Malaysia.
Kini pada tahun 2013, pilihanraya umum ke 13 bakal berlangsung pada 5 Mei 2013. Majoriti rakyat inginkan sesuatu yang dapat menjamin masa depan mereka dan generasi mereka dan gabungan ini menawarkan beberapa perkara di dalam manifesto mereka. Gabungan ini telah menjadi pilihan untuk dijadikan kerajaan pemerintak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Gabungan ini adalah harapan rakyat dan gabungan ini dikenali sebagai Pakatan Harapan Rakyat. Inikalilah!

Sunday, April 28, 2013

Dulu Dia Tidur, Sekarang Dia Bangun.

Petang tadi aku secara tidak dirancang singgah di program anjuran Barisan Nasional. Mungkin nasib aku agak baik hari ni kerana dah beberapa hari sejak penamaan calon yang lalu aku cuba mencari program-program anjuran Barisan Nasional.

Program sebentar tadi dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada program tadi juga Tun Abdullah melepaskan konvoi bermotosikal gerombolan Pemuda BN. Tiada kelihatan calon-calon yang akan bertanding pada PRU nanti. Yang ada hanyalah ketua UMNO bahagian serta pemimpin-pemimpin cawangan UMNO sahaja.


Kini setelah Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah kembali aktif di arena politik Malaysia setelah hampir 5 tahun beliau menyepi. Pak Lah sewaktu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri agak teruk 'dikerjakan' oleh proksi-proksi Tun Mahathir yang tidak suka gaya pimpinan beliau. Tidak seperti Pak Lah, Tun Mahathir terus aktif dibidang politik walaupun telah lama beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Adakah kembalinya Pak Lah ke arena politik kerana menantu kesayangan beliau masih bertanding di Rembau? Aku tak tahu mengenai persoalan tu. Ramai tokoh-tokoh atau yang arif dalam bidang politik Malaysia lebih mengetahuinya. Apa pun, kini Pak Lah telah kembali dari tidurnya untuk kembali aktif berkempen untuk partinya.

Wednesday, April 24, 2013

Foto tokoh berhaluan kiri - Pak Samad

Sehingga sekarang masih lagi memikirkan apakah bahan-bahan menarik untuk diambil gambarnya sepanjang kempen pilihanraya ke 13 ini. Puas mengeledah setiap ruang dalam komputer yang aku gunakan sekarang untuk mencari foto-foto yang menarik untuk diketengahkan. Tapi hampa. Tiada satu pun foto-foto yang menarik, Semuanya nampak sama seperti foto-foto lain yang bersepah di internet ketika ini. Aku cuba untuk mencari kelainan dari segi sudut pandang sesuatu foto yang aku ambil. Bila dah letih mencari, akhirnya jumpa juga. Foto tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia.


Antaranya ialah foto Sasterawan Negara, Tan Sri A. Samad Said. Foto beliau aku ambil beberapa tahun yang lepas ketika kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau. Tan Sri A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad merupakan seorang tokoh sastera yang sangat berpengaruh di rantau Nusantara.

Sebenarnya aku cuba untuk merajinkan diri aku menulis di sini serta memaparkan beberapa lagi foto tokoh-tokoh di arena politik tanah air. Tapi apakan daya. Letih dan mengantuk. InsyaAllah aku akan paparkan foto-foto Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika beliau di Pulau Pinang.

Monday, April 22, 2013

Selamat Pagi Batu Kawan

Batu Kawan. Dulu bila sebut Batu Kawan tak ramai yang tahu. Kalau ada yang tahu pun mereka akan kata Batu Kawan ni tempat jin bertendang. Ya, Batu Kawan memang tempat jin bertendang dari dulu sampailah sekarang. Dulu aku pun tak berapa tahu mengenai tempat yang bernama Batu Kawan ni sehinggalah aku sendiri tercampak dan tinggal di sini 2 tahun lepas. Tempat yang dikatakan tempat jin bertendang inilah telah membuatkan aku jatuh cinta dengannya. Inilah sebenarnya tempat tinggal yang aku tercari-cari selama ini dalam hidupku. Sungguh menenangkan.


Batu Kawan agak jauh dari pekan terdekat iaitu pekan Bukit Tambun atau pekan Simpang Ampat. Tak banyak kemudahan awam yang ada di sini. Yang ada hanyalah balai polis dan klinik 1 Malaysia. Di sini aku bukanlah nak cerita mengenai kemudahan awam atau sejarah tempatnya. Aku hanya mahu berkongsi sesuatu yang jarang didapati ditempat-tempat lain.


Batu Kawan adalah satu kawasan yang indah. Kawasan paya yang ada disini menambahkan lagi keindahan yang sedia ada. Paling menarik adalah sewaktu matahari terbit. Tiada ayat yang mampu aku ucapkan selain memujiNya. Subhanallah. Sungguh indah dan menenangkan. Aku cuba terjemahkan dalam bentuk foto-foto yang aku ambil sebelum ini untuk dikongsikan bersama.



Portraiture - My Wife

Dah lama nak buat studio photography tapi aku tak ada studio dan kelengkapan. Jadi aku terpaksa jadi kreatif untuk setup bilik aku jadi sebuah studio. Modelnya tak lain tak bukan adalah bini aku sendiri.

Commercial Photography - Try & Error

Inilah hasilnya bila bereksperimen dengan kereta sendiri bila bosan. Gambar pertama ini adalah cubaan pertama aku. Kemudian aku cuba lagi sekali dengan menggunakan teknik pencahayaan satu arah.
Inilah hasilnya percubaan kali kedua aku.
Kemudian aku bereksperimen lagi dengan menggunakan laptop bini aku. Hasilnya kurang memberangsangkan. Tapi aku kongsikan jugak supaya menjadi pengajaran supaya lain kali teknik editing dan shoot gambar dengan lebih baik.

Koleksi - Selamat Petang Batu Kawan.

Lama rasanya tak update blog ni. Lepas aku buat posting yang pertama (Penamaan Calon Permatang Pauh) sejak sekian lama menyepi, kini aku banyak bahan yang boleh dikongsikan bersama. Antaranya adalah gambar-gambar ketika sunset.

Berbekalkan sebuah kamera yang terlalu low spec termasuk lensnya, aku cuba untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik. Mungkin gambar-gambar yang aku ambil ni tak sehebat photographer diluar sana tapi harus diingat yang aku ni menggunakan sebuah kamera DSLR yang teramatlah low spec. Jadi inilah hasilnya dari kamera aku tu.



Jelajah Merdeka Rakyat - Permatang Pauh

Pada 6 April yang lepas, aku berkesempatan mengikuti satu siri ceramah anjuran PKR. Ceramah yang berlangsung di padang bola sepak Taman Pauh Indah.

Aku sebenarnya tak begitu pasti adanya ceramah pada malam tu. Aku hanya dengar dari perbualan rakan sekerja. Malam tu aku main redah saja. Kalau ada ceramah, ada la foto-foto yang boleh aku ambil.

Sebaik tiba di lokasi yang dikatakan, aku tengok dah ramai orang yang hadir. Aku harap aku tak terlepas untuk ambil gambar Big Gun dari Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, Dato Seri Anwar baru saja memulakan ceramahnya beberapa minit yang lalu. Jadi, aku ada bahan menarik malam tu. Terus aku duduk dibahagian depan bersebelahan wartawan dari akhbar cina. Mcm biasa, setting kamera kena baik untuk shoot gambar macam yang aku nak. Sempat juga aku melayan ceramah dari beliau selama setengah jam. Dah lama rasanya aku tak mengikuti perkembangan politik tanah air di ceramah-ceramah sebegini.

Anggaran aku pada malam tu kehadiran orang ramai adalah lebih kurang 3000 yang hadir dan memenuhi setiap sudut di padang tu. Aku dapat lihat masyarakat berbilang kaum berkumpul dan mendengar amanat dari pemimpin tertinggi dari Pakatan Rakyat. Pada malam itu juga Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan terus mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh walau sebelum ini kedengaran ura-ura beliau akan bertanding di Perak.


Menurut beliau lagi, hatinya bersama-sama penduduk-penduduk Permatang Pauh tetapi akal menyuruhnya bertanding di Perak. Memandangkan penduduk Permatang Pauh banyak bekorban untuknya, jadi dia memilih untuk tidak mengecewakan mereka dan memilih untuk bertanding di sini.


Selepas ni penamaan calon selesai, aku akan memburu kempen-kempen dari kedua-dua parti untuk mencari bahan yang menarik. InsyaAllah aku akan kongsikan di sini nanti. Sampai sini saja dan terima kasih kerana singgah di blog yang tak seberapa ni.



Sunday, April 21, 2013

Penamaan Calon Parlimen Permatang Pauh

Pada pagi kelmarin, 20 April 2013 bermulahlah satu detik bersejarah di Malaysia. Proses penamaan calon bagi parlimen Permatang Pauh telah selamat berlangsung di IKBN Bukit Mertajam.

Aku jugak tak ketinggalan mengikuti perkembangan perjalanan proses itu dari dekat. Berbekalkan kamera yang paling-paling low spec, aku cuba mencabar diri aku dan mencabar kemampuan kamera yang aku guna ini ketahap maksimum. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapatkan foto-foto yang aku kehendaki.

Proses penamaan ini berlangsung dengan lancar dan tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Kehadiran begitu ramai anggota keselamatan di sini bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Aku anggarkan kehadiran keseluruhan penyokong dikedua-dua pihak yang hadir adalah disekitar 4000 orang.

Parlimen Permatang Pauh memperlihatkan pertandingan 3 penjuru diantara penyandangnya iaitu Dato Seri Anwar Bin Ibrahim menentang calon dari Barisan Nasional, Dr Mazlan Ismail dan Dr Abdullah Samsuddin dari parti Bebas.



Perebutan untuk kerusi DUN Seberang Jaya juga tidak kurang hebatnya. Bakal berlaku pertembungan 3 penjuru antara parti penyandang, Barisan Nasional yang ditentang oleh calon muda dari PKR yang diwakili oleh Dr Hafiz Baharudin.

Di DUN ini juga memperlihatkan kehadiran seorang lagi calon Bebas, En. Samsut Tabrej. Beliau merupakan seorang pesuruh jaya sumpah yang dirinya agak dikenali oleh masyarakat di Seberang Jaya.


Kehadiran agensi berita asing juga mendapat perhatian di sini. AFP menghantar 4 orang dan seorang darinya adalah Jurufoto,



Dikesempatan yang ada ini, aku mengambil peluang berkenalan dengan beberapa orang photojournalist malaysia yang terkenal. Antaranya Mohd Rasfan. Jurufoto dari AFP. RTM juga menyiarkan siaran langsung dari pusat penamaan di IKBN ini.


Mintak maaf la. aku malas nak upload banyak-banyak kat sini. Korang boleh la tengok lagi foto-foto di Facebook aku.  :)