Sunday, December 8, 2013

Behind The Lens: Wedding Journal Zainul Azraai & Hane

Following my friend and he was an official photographer for this wedding. Here is some photos from the event i've attended.
Decorating hand with henna becomes a compulsory tradition of the Malay community in wedding.
The bride signing the marriage certificate after the completion of solemnization occasion.




Photo by: Rezal

Tuesday, November 19, 2013

Northern Derby Match Penang FA vs Kedah FA

Semalam telah berlangsung perlawanan persahabatan antara dua negeri jiran iaitu antara Pulau Pinang menentang Kedah.Perlawanan ini merupakan persediaan kedua-dua pasukan untuk menguji barisan-barisan pemain baru sebelum bermulanya musim Liga Perdana Malaysia 2014.

Kehadiran bilangan penyokong kedua pasukan juga agak ramai pada malam tu. Hampir 6000 penyokong hadir bagi memberikan sokongan pada pasukan masing-masing. Berikut adalah antara foto-foto yang aku rakamkan sewaktu perlawanan itu berlangsung. Terima kasih kepada unit media rasmi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, En Mohd Sidek yang memberi ruang dan peluang kepada jurufoto-jurufoto untuk membuat liputan perlawanan.





Monday, November 11, 2013

Sunday, October 27, 2013

Muay Thai Fight Club


A while ago I had just finished taking pictures in the BoxxTomoi Fight Night 4 tournament held in Kubang Semang, 35 kilometer from George Town, Penang. It also made ​​history because it was held in first ever Muay Thai stadium in Malaysia. Here i shared some photos on that tournament.









More photos on facebook and tumblr


--------------------------------------------------------------------------

Credit goes to BoxxTomoi MuayThai Stadium, Kubang Semang, Penang, Malaysia.


Wednesday, October 23, 2013

Mimpi Ngeri Penduduk Padang Lalang Berulang Kembali

Bukit Mertajam - Genap seminggu selepas sesi dialog diadakan, penduduk-penduduk di sekitar kampung Padang Lalang sekali lagi terpaksa berhadapan dengan banjir besar. Menurut mereka banjir kali ini adalah yang terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

          Banjir kali ini telah memaksa penduduk-penduduk di kampung ini terpaksa dipindahkan ke Masjid berhampiran memandangkan paras air semakin meninggi ekoran paras air laut semakin menaik.

Sebahagian penduduk yang terpaksa di pindahkan ke Masjid berhampiran akbiat rumah mereka dinaiki air.
Pada kejadian banjir kali ini, Padang Lalang dan Permatang Rawa menjadi kawasan yang paling tinggi ditenggelami air. Masalah banjir yang kerap berulang ini adalah berpunca dari sistem perparitan yang teruk di sepanjang projek pelebaran jalan utama di Padang Lalang.

Wakil dari Adun Padang Lalang, Puan Siti Nur Shazreen ketika melawat mangsa banjir di sini.


- Laporan dan foto oleh: Invisible Raw Image

Dialog Diharap Selesai Isu Banjir

Oleh: Muhammad Shahrizal | Foto: Invisible Raw Image

Bukit Mertajam - Masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan Kampung Padang Lalang sejak sekian lama membuatkan penduduk-penduduk sekitar kurang selesa dengan keadaan tersebut.

            Perihatin dengan masalah  ini, Adun Padang Lalang, YB Puan Chong Eng baru-baru ini telah menganjurkan satu sesi dialog antara penduduk di Padang Lalang dan wakil-wakil daripada beberapa agensi kerajaan dan juga wakil daripada syarikat pembinaan landasan keretapi berkembar untuk mencari penyelesaian kepada kemelut yang melanda penduduk-penduduk Padang Lalang. Sesi dialog tersebut berlangsung di perkarangan Masjid Al-Munawwarah, Padang Lalang dan dipengerusikan oleh Pengerusi
 Qariah, Encik Zakri

YB Puan Chong Eng (Kiri)
.            Agensi-agensi yang hadir ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Bomba Malaysia, Jabatan  Parit dan Saliran dan MMC-Gamuda JV.

            Tujuan diadakan dialog tersebut adalah untuk mencari penyelesaian kepada kemelut terjadinya kejadian banjir yang sering berlaku di kampung tersebut.

             “ Adalah penting buat penduduk-penduduk mengetahui siapakah yang harus mereka hubungi jika masalah-masalah seperti ini berulang.

            “Ini bertujuan untuk mengelakan kes tolak menolak atas siapakah yang harus dipertanggungjawabkan  jika terjadi masalah seperti ini lagi,” ujar Puan Chong Eng ketika merujuk kepada masalah parit yang tidak diselenggara dengan baik.

Abdul Ghani ketika memberi penerangan kepada wakil-wakil agensi kerajaan dan Gamuda
            Wakil  dari Rukun Tetangga Padang Lalang, Encik Abdul Ghani berkata sejak Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum pada tahun 2008 hinggalah sekarang, inilah pertama kali dialog seumpana ini diadakan dan beliau amat berterima kasih dan menghargai keperihatinan YB Puan Chong Eng akan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sekitarnya. Dalam dialog tersebut,Encik Abdul Ghani turut menyuarakan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sini.

Menurut Encik Abd. Ghani lagi, punca kepada masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk di sini  adalah keadaan sistem perparitan yang kurang memuaskan akibat pembesaran jalan raya dan pembinaan landasan keretapi berkembar. Keadaan ini membuatkan penduduk-penduduk kampung Padang Lalang dihimpit oleh pembangunan dari depan dan belakang kediaman mereka.

Seorang lagi penduduk, Puan Amelia turut menyuarakan rasa terkilannya kerana permohonannya untuk mendapatkan pampasan dari pihak pembinaan tidak diberi perhatian serius oleh mereka. Menurut beliau lagi, rumahnya mula retak pada tahun 2010 akibat kerja-kerja penanaman cerucuk untuk membina jejambat dan pelebaran jalan dihadapan rumahnya.


Di dalam majlis yang sama, Puan Chong Eng mengumumkan pemberian computer untuk kegunaan Masjid Al-Munawwarah, Padang Lalang.

Sunday, September 29, 2013

Invisible Raw News Journal: Beauty Pageant Contest

Sep 29, George Town: Lembah Pantai MP's Nurul Izzah Anwar giving her speech during lunching Beauty Pageant Contest for women over the age of 35 organized by the local Chinese community and Women Development Organization (WDO), 30 kilometers from George Town, Penang


Beauty pageants contest for women aged 35 years and above was held yesterday at the Ng Yam Huat community hall. According to Nurul Izzah Anwar while giving a speech, she said the competition is a difference because it is accompanied by women aged 35 years and above. The oldest participants who participated in this competition 74 years old and her family came to support her.






Wednesday, September 25, 2013

Invisible Raw News Journal: Tanglong Festival


News: Sep 20, Bukit Mertajam: Penang Executive Council members which is also the State Assemblyman for Padang Lalang doing an opening for Tanglong festival yesterday.

Penang State Assemblyman for Padang Lalang giving a speech during lunching an official event managed by her office yesterday.
Children took part in a karaoke session during Tanglong festival celebrations held yesterday at Bukit Mertajam.
Source: Invisible Raw Image

Thursday, July 25, 2013

Penang Bon Odori Festval


I actually took a long time to write about Bon Odori festival held on the last Saturday held at the Esplanade, Penang. This is the second time i went to this festival. The first time was in 2009. At that time I failed to take a good photographs because my camera can't take a good photo in a poor light.

Last Saturday i went alone to the festival. On that day i always insist to take some interesting photographs. At the beginning of the plan I did not want to go to the festival because of the distance quite far from my home. I'm out of the house quite late around 8pm and take hour and a half to arrive at the Esplanade. So, here i put some of my photographs during that festival. Sorry for my bad grammar. :D








Thursday, July 18, 2013

Koleksi foto Hitam Putih


Salam Ramadhan Al-Kareem kepada anda semua di luar sana. Hari ini aku ingin kongsikan foto-foto yang menjadi kegemaran aku. Kesemuanya hitam putih. Ramai rakan-rakan bertanyakan soalan "awat lani banyak sangat gambaq hitam putih?", aku jawab gambar hitam putih lebih nampak hidup dan punya cerita.








Wednesday, July 3, 2013

Uptown Black and White

Lama rasanya aku tidak membuat posting-posting  baru di sini. Rasa malas dan ketiadaan bahan-bahan baru untuk ditulis membuatkan blog ini lama tidak terusik. Hari ini aku punya bahan yang boleh aku ketengahkan di sini hari ini. Kelmarin aku dan seorang kawan iaitu seorang jurufoto juga berjalan-jalan di sekitar Uptown di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Tujuan kami di sana adalah untuk mengambil gambar suasana sekitar Uptown tersebut.

Alhamdulillah, aku dapat ambil beberapa keping gambar dalam hitam & putih. Sebenarnya sebelum ini aku jarang sekali untuk mengambil gambar hitam & putih ini. Aku lebih sukakan tona warna yang kelihatan klasik dan ala-ala filem. Di bawah ini ada gambar-gambar yang telah aku ambil kelmarin: