Tuesday, April 17, 2012

[Wedding] Photo Editing & Manipulating Part 4

Actually i'm not an official photographer for this wedding. I'm joining 'suka-suka tembak' and busy body when my friend taking this couple to do some outdoor photo shoot at Mengkuang Dam.
And the below photo i shoot at Bukit Mertajam Railway Station.


Photo Editing & Manipulating Part 4

Actually i lost many of my editing photos in my hard drive. What I'm showing to you right here maybe half or quarter half from my collection. I will to backup my photo in my hard drive soon and share the photos with you. In this photo, Tam (my old office mate) posses like he really in mines. I used a different background taken from deviantart.com. I forget who is the author of this background. If the author see his background in my artwork, i apologies to him/her for using his background without permission..

Photo Editing & Manipulating Part 3

This is moderate extreme editing from me. For me this is a moderate extreme editing but for you i don't know its an extreme or not. Ok, in the left photo known as AG (Photographer) and the left photo is Zam Arjuna (Photographer). In the below photo, Meor Azman offered his self to be one of my editing subject. This shoot taken with Nikon D40 DSLR with some basic studio lighting.

Photo Editing & Manipulating Part 2



This is another of my editing photos. This photos was taken around 2 years ago at Sunway Business Park parking.

Who in the photos.:
(Left Photo) Tam. (My old office mate)
(Right Photo) Wawa (Tam & Zam Arjuna friend)

Monday, April 16, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan


Sehari sebelum shoot di MTB Fun Ride di Batu Kawan, aku dan isteriku keluar jalan-jalan cari makan untuk mengisi perut yang kosong setelah penat kerana pada sebelah petangnya kami berjalan-jalan di Botanical Garden atau lebih dikenali oleh orang di Pulau Pinang ini sebagai Waterfall.

Pada rancangan awal kami adalah untuk singgah makan di mana-mana restoran nasi kandar sebelum meneruskan rancangan kami untuk ke night market di Batu Feringgi. Rancangan untuk makan di restoran nasi kandar tiba-tiba bertukar untuk makan nasi lemak di Gurney Drive.

Menurut isteri aku, nasi lemak yang bakal kami terjah itu adalah nasi lemak yang popular di Pulau Pinang. Gerai nasi lemak itu di kenali sebagai Nasi Lemak Cili Bilis. Secara jujurnya nak kata nasi lemak tu sedap sangat, banyak lagi yang aku rasa kesedapannya lebih dari Nasi Lemak Cili Bilis ini.

Aku ni seorang penggemar nasi lemak dan mak aku juga seorang penjual nasi lemak daun pisang di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Sebagai seorang anak kepada seorang penbuat dan penjual nasi lemak, aku dapat menilai kesedapan disetiap gerai nasik lemak yang aku singgah untuk makan. Nak kata aku pi pandai rasa tu  tak la sangat. Tapi bagi seorang penggemar nasi lemak, dah tentu dapat menilai nasi lemak manakah yang sedap dan berlemak.

Nasi Lemak Cili Bilis punya kelebihannya sendiri yang menjadikan nasi lemak itu popular di Pulau Pinang. Setiap yang popular pasti ada sebabnya. Jadi aku tak mahu kondem atau puji melangit berkaitan Nasi Lemak Cili Bilis ini. Secara jujurnya juga aku katakan aku suka kepedasan sambal cili bilis tersebut. Mungkin kepedasan itu adalah kunci Nasi Lemak Cili Bilis popular di sana.



Bila perut dan kenyang, hati pun sedikit senang la. hahaha.. Lepas makan-makan tadi, aku dan isteriku jalan-jalan di sekitar Gurney Drive. Jalan-jalan melihat suasana malam di sana. Ketika meninjau-ninjau gerai-gerai di kaki lima di Gurney Drive, aku tertarik pada seorang pelukis karikatur jalanan yang sedang melukis karikatur minah salih ini. Ramai juga yang memerhati bro ni sedang melukis dari belakang. Bagi yang berminat nak jadikan diri anda sebagai karikatur, bolehlah datang ke Gurney Drive ini.


3G MTB Fun Ride - Batu Kawan

 













Location: Batu Kawan MTB Trek
When: 15 April 2012
Time: 8 - 11 am

Ini adalah event sport pertama yang aku ambil gambar. Agak penat jugak hari tu sebab kena naik bukit untuk shoot gambar. Kualiti gambar tak berapa nak cun sebab "saya budak baru belajar'. Dalam event fun ride tu, aku bersama-sama dengan 2 orang photographer lagi iaitu Zam Arjuna dan Ammar.

Event ini dianjurkan oleh Geng Gerek Gunung atau popular dikenali sebagai 3G. Event ini adalah sekadar fun ride. Dalam event ini juga 20 pasukan mengambil bahagian. Tidak lupa juga makan percuma disediakan oleh penganjur selepas event tamat. :)

Thursday, April 12, 2012

Photo Editing & Manipulating

This is one of my photo editing pictures. Most of my photos using a different background taken from the internet. I'm so sorry if the owner of this background image get mad but i want you to know, your background image is awesome dude! hahaha...

Who in the picture.:

(Left Photo) Tukang Kasut from Pusat Bandar Seberang Jaya. (Near Public Bank)
(Right Photo) Zam Arjuna (One of Penang Professional Photographer) & Zam Arjuna friend (I Forgot his name)

Peminta Sedekah

Kali pertama aku lihat peminta sedekah ini kalau tak salah aku hampir 15 tahun yang lepas di lokasi yang sama. Gambar ini diambil 3 tahun lepas di jeti feri Pulau Pinang ketika balik dari shooting event pelancongan yang diadakan di Padang Kota.

Sekarang ni aku dah lama tak nampak Hamba Allah ni. Mungkin sebab aku dah jarang gunakan feri untuk ke Georgetown.

Nite Market at 2nd Penang Bridge Project Site






Agak menarik dan terkejut juga bila kali pertama melihat pasar malam di kawasan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Aku jumpa pasar malam ni dengan secara tak sengaja apabila aku bersama isteriku ronda-ronda disekitar Batu Kawan ni.

Suasanan ketika aku tiba masih lagi lengang dan penjaja ada yang baru tiba dan baru mendirikan gerai-gerai mereka. Majoriti penjaja di sana adalah warga tempatan dan pelanggan pula terdiri dari warga asing kebanyakkannya adalah warga Indonedia dan Bangladesh.

Menurut jiran sebelah rumah yang bekerja di kawasan pembinaan tersebut, pasar malam itu sudah lama wujud dan ianya diadakan pada setiap malam ahad. Aku ada merancang untuk pergi shoot beberapa keping gambar diwaktu malam ketika pasal malam itu sedang rancang berlangsung. Sehingga kini rancangan aku tu belum lagi berjalan sebab badan pun tak berapa nak sihat. InsyaAllah, lain kali aku akan paparkan di sini gambar pasar malam tersebut di waktu malam bila aku dah kembali ke pasar malam itu.

Pekerja UEM Builders Selamatkan Diri

Batu Kawan, 12 April - Ratusan pekerja projek Jambatan Kedua Pulau Pinang menyelamatkan diri dan berhimpun diperkarangan Stadium Batu Kawan ekoran amaran tsunami yang bakal melanda pantai barat Semenanjung Malaysia.

Pekerja-pekerja ini dibawah keluar dari tapak binaan dengan menggunakan kenderaan-kenderaan pacuaan empat roda milik UEM Builders. Jarak antara tapak binaan dan stadium adalah kira-kira 3 kilometer.

Memori Tsunami Kembali


Kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004 yang berlaku di laut Sumatera, Indonesia lalu masih lagi segar dalam ingatan setiap manusia yang pernah melaluinya. Kejadian tersebut telah meragut hampir 230,000 nyawa penduduk disekitar 14 negara. Gempa sekuat 9.1 – 9.3 pada skala Richter telah mengubah lanskap Banda Acheh menjadi padang jarak padang tekukur dalam sekelip mata sahaja apabila ombak setinggi 30 meter membadai Banda Acheh.
Selang 8 tahun selepas itu, kini gempa itu kembali mengegar kepulauan Sumatera. Semenanjung Malaysia juga tidak terlepas dari merasai kesan gempa tersebut. Pantai barat semenanjung Malaysia turut merasai gegaran yang kuat. Pada kejadian tsunami yang lepas, seramai 68 orang telah terkorban. Pulau Pinang mencatatkan rekod sebanyak 52 mangsa, Kedah 12 mangsa, Perak 3 mangsa dan Selangor 1 mangsa.
Akibat dari gempa terbaharu tersebut, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan amaran tsunami kepada negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Penduduk-penduduk disekitar pantai barat semenanjung dilarang untuk menghampiri kawasan pantai kerana dikhuatiri akan terkena kesan dari ombak tsunami tersebut. Di Lebuh Raya BORR (Butterworth Outer Ring Road) juga kenderaan dilarang memasuki kawasan tersebut.

Monday, April 9, 2012

Mengenang Kenangan Lalu.

Haria! Penang Haria! Dah lama rasanya aku tak dengar sorakan padu penyokong kuat Harimau Kumbang di stadium. Pasukan bola sepak Pulau Pinang kini telah hilang taringnya dan pasukan ini hanya layak bermain di liga FAM sahaja.

Aku betul-betul rindukan suasana di Stadium Negeri Batu Kawan. Satu suasana dengan semangat yang tinggi bagi menyokong pasukan Harimau Kumbang. Bilakah kenangan itu akan berulang kembali? Tak siapa pun tahu.

Sunday, April 8, 2012

Batu Kawan, Penang

Sejak seminggu lalu, aku dah merancang untuk buat beberapa sesi fotografi disekitar kawasan paya di Batu Kawan. Agak menarik panorama alam di sini yang mungkin ramai diantara fotografer-fotografer diluar sana terlepas pandang akan keindahan semula jadi di sini.

Batu Kawan adalah sebuah kawasan yang bakal menempatkan sebuah bandar besar. Pelbagai projek telah dirancang oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk membangunkan kawasan ini. Di Batu Kawan ini jugalah terletaknya laluan Jambatan Pulau Pinang ke dua yang sedang rancak dibina. Adakah selepas pelbagai pembangunan dibina di sini kita masih boleh menikmati segala keindahan ini?